Nasional

Wan Suraya Ketua Audit Negara baharu

DATUK Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara menggantikan Datuk Nik Azman Nik Abdul yang bersara pada 13 Februari lalu.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Wan Suraya berkuatkuasa esok 13 Jun.

Untuk rekod, Wan Suraya pada ketika ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (2020-2021) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2018-2020).

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara minggu lepas menggesa Putrajaya menyegerakan pelantikan Ketua Audit Negara yang kosong tiada pengganti sejak Februari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April lalu berkata, beliau mencadangkan seorang calon untuk menggalas jawatan itu kepada Yang di-Pertuan Agong. – SUMBER BERNAMA – SM

BACA

 

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button