Negeri

Baiki 134 kolam air tidak aktif di Selangor

KERAJAAN Negeri Selangor disaran untuk memperbaiki 134 kolam air yang tidak aktif bagi digunakan ketika bekalan air terjejas.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi kolam air tersebut hanya terbiar selepas Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. mengambil alih pengurusan air.

“Kerajaan boleh tumpu baikpulih 134 kolam air yang tidak aktif selepas diambil alih oleh air selangor walaupun mungkin hanya menyelesaikan sebahagian kawasan yang terjejas.

“Negeri Selangor ada 1377 buah kolam air yang berkapasiti 5,353.7 JL, iaitu lebih dari pengeluaran Logi Rawatan Air sedia ada yang berada di 4,930.76 JL tetapi tidak meliputi semua kawasan perumahan,” kata Ahmad Yunus.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor itu juga berkata, kerajaan negeri boleh membina tambahan lagi kolam air di kawasan yang perlu untuk digunakan ketika kecemasan.

Beliau turut menyarankan agar Kerajaan Negeri menambahkan lagi tangki statik di kawasan tertentu yang berkepadatan penduduk tinggi.

Ahmad Yunus mengulas mengenai isu bekalan air yang seringkali terganggu di Selangor.

Menurut beliau rakyat sudah letih dengan masalah bekalan air yang berpanjangan di negeri itu.

“Carilah kaedah air masih boleh keluar melalui pili. Tak perlu nak angkat lagi. Sangat simpati kepada yang ada keterbatasan untuk menangkat air,” kata Ahmad Yunos.

SEBANYAK 1,130 kawasan masih berlaku gangguan bekalan air di negeri Selangor.

Menurut syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd sehingga pukul 9 pagi ini sejumlah 162 kawasan atau 13 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat telah pulih sepenuhnya.

Gangguan bekalan air yang bermula 2 pagi semalam merupakan kali keempat berlaku di Selangor dalam tempoh dua bulan.-SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button