Nasional

Syarat wajib: Orang miskin akan diberikan pelitup muka

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan orang miskin dan tidak berkemampuan mesti diberikan pelitup muka sebelum syarat wajib memakainya dikuatkuasakan.

Menurutnya, kerajaan sedang dalam proses bagi membolehkan keluarga berpendapatan rendah atau keluarga B40 dibekalkan pelitup muka untuk membolehkan mereka mematuhi peraturan  itu .

Justeru, peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka akan dilaksanakan secara berperingkat,

“Kami memberikan tempoh satu bulan sehingga kami dapat memeriksa pelaksanaannya dan juga akses kepada topeng. Orang miskin dan tidak berkemampuan juga mesti diberikan topeng.

“Sekiranya setiap orang memiliki akses kepada topeng, maka mungkin sepanjang perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), kami akan menetapkan (peraturan) sebaik sahaja keluar dari rumah, setiap orang perlu memakai topeng,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar hari ini. Menurutnya  senarai yang memerlukan penggunaan pelitup muka akan akan diumumkan tidak lama lagi.

Mulai bulan depan, mereka yang ditangkap tanpa pelitup muka di tempat yang disyaratkan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.-SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button