PendidikanPolitik

PADU: Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks, guna laptop

BARISAN NASIONAL jika bentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini akan memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks.

Sistem ini akan menyaksikan pembelajaran kanak-kanak berlangsung  dengan menggunakan laptop atau komputer riba.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk melaksanakan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks, dua inisiatif besar perlu dilakukan BN.

“Pertamanya ialah kita beri komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100% liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan,” katanya.

Beliau berkata, PADU yang merupakan Manifesto BN yang baharu dilancarkan, turut melihat di peringkat sekolah, agenda pendigitalan pendidikan akan dilakukan secara besar-besaran.

Jelas Zahid, pendekatan menyedia dan memperkasakan pendidikan awal melalui sistem asuhan dan pendidikan awal nasional secara percuma untuk semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah di seluruh negara.

“Pada peringkat pengajian tinggi pula, Barisan Nasional akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak dalam kalangan B40,” katanya.

Tambah beliau, pelajar yang menyambung pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), selain pengajian tinggi tanpa yuran kepada semua individu dari kelompok B40.

“Pelajar yang belajar di universiti awam atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan  ditawarkan dengan sistem pengajian anjal.

“Iaitu 50 peratus pengajian di kampus dan selebihnya 50% lagi dibuat secara dalam talian atau jarak jauh. Ini sekali gus mengurangkan bebanan membayar yuran pengajian tinggi sehingga separuh kos pengajian,” ujar Zahid.

Zahid berkata, selepas ini, bagi menghapuskan eksploitasi, semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang menjalani latihan amali atau internship diwajibkan bayaran elaun oleh majikan.

Manifesto PADU BN yang menurut hemat Zahid, boleh dilaksanakan dan bukan sekadar janji-janji yang ditabur pada PRU untuk menarik pengundi memilih calon BN yang bertanding.

PADU adalah tentang tekad BN untuk melakukan beberapa pembaharuan yang radikal dan bersifat struktural dalam negara. – SM

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button