KemalanganNasional

Bas masuk gaung: 54 pelajar UPSI selamat, 11 cedera ringan 

Seorang pelajar UPSI mengalami cedera ringan dan menerima dua jahitan di bahagian kening dalam kemalangan bas yang dinaiki jatuh ke dalam gaung.

Menurut kenyataan TNC HEPA, Prof Dr Norkhalid Salimin, seramai 11 orang pelajar mengalami cedera ringan.

Kejadian berlaku apabila bas yang membawa 54 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim terbabas sekitar pukul 7.00 malam tadi.

Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan membawa pulang para pelajar ke asrama masing-masing.

Susulan kejadian tersebut, para pelajar dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Walau bagaimana pun pihak UPSI mengesahkan tiada kecederaan serius dan pelajar-pelajar dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing untuk berehat.- SM

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button