Luar Negara

25 tahun menghilangkan diri gara-gara takut berkhatan

SEORANG lelaki berusia 28 tahun akhirnya pulang ke pangkuan keluarga setelah 25 tahun meninggalkan rumah gara-gara takut dikhatankan.

Lelaki berkenaan yang tidak dipaparkan namanya dikatakan hilang tanpa khabar berita.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Polanharjo, Indonesia.

Kepulangannya itu memberi satu kejutan besar kepada keluarga dan kemunculannya disambut dengan tangisan kegembiraan bersama penduduk setempat.

Punca yang menyebabkan dia lari dan menghilangkan diri ketika usianya 7 tahun dan masih dibangku sekolah, ibu dan bapanya memberitahu dia akan dikhatankan. Tanpa ada sebarang tanda yang mencurigakan dia hanya menganggukkan kepala sambil bermain kereta mainannnya.

Tiba pada hari berkhatan, dia tiba-tiba menggigil dan menjerit tidak mahu bersunat sebelum melarikan diri dari rumah.

Selama 25 tahun dia menghilangkan dirinya, kaum keluarga menyangka dia sudah meninggal dunia kerana tiada sebarang khabar berita tentangnya selama meninggalkan rumah. – SM

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button