NasionalPolitik

Fort Pin halang Idris baca petikan ayat al-Quran dalam DUN Melaka

KUALA LUMPUR –  Tindakan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wong Fort Pin tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) memetik ayat al-Quran untuk menutup  sesi perbahasan Belanjawan membuatkan Dewan Undangan Negeri Melaka kecoh semalam.

Fort Pin yang merupakan ahli DAP menghalang Idris daripada memetik surah Yunus ayat 14 dengan alasan telah memberikan masa yang secukupnya kepada bekas ketua menteri Melaka itu untuk berbahas dalam masa 10 minit.

“Masa sudah habis. Saya sudah beri masa yang banyak. Saya mengambil alih tadi saya sudah beri banyak masa tolong duduk. Saya tidak benarkan. Masa sudah berlebih (Idis meneruskan bacaan ayat al-Quran) Tolong duduk. Sila duduk. Dipersilakan YD ADUN kawasan Asahan. (Idris meneruskan bacaan al-Quran dengan lebih kuat).

“Sila duduk. Saya tidak benarkan (suara Fort Pin menjadi lebih kuat untuk menyaingi suara Idris yang juga lantang). Saya tidak benarkan. Tolong duduk (suara Fort Pin menjerit). Sila duduk. Bentara, bentara…” jerit Fort Pin.

DUN Melaka menjadi kecoh. Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) yang mengambil giliran untuk berbahas selepas Idris, campur tangan dengan membenarkan Idris mengambil masanya untuk membacakan petikan ayat al-Quran berkenaan namun Fort Pin terus meminta Idris untuk duduk.

“Saya sudah beritahu tadi masa sudah lebih. Masa saya mula daripada saya duduk di sini ambil alih dan juga sudah lebih-lebih saya sudah beri. Saya harap semua yang berhormat ikut perintah ini. Ikut peraturan. Sila duduk. Sila duduk saya tidak benarkan.

“(Idris : Speaker macam jahiliah orang baca al-Quran pun tak bagi). Sila duduk saya tidak benarkan awak bercakap. Duduk. Duduk. (Idris: Saya cakap speaker macam orang zaman jahilian) Sila duduk. Asahan silakan,” kata Fort Pin. Idris kemudiannya duduk.

Abd Ghafaar yang diberi laluan oleh Fort Pin kemudian meminta Fort Pin membenarkan Idris meneruskan bacaan ayat al-Quran.

“Sebelum saya meneruskan bajet ini. Oleh kerana ini merupakan ayat al-Quran saya izinkan Sungai Udang membacakan ayat al-Quran. Silakan,” kata Abd Ghafaar.

Fort Pin membantah tindakan Abdul Ghafaar dengan berkata, jangan salah gunakan masa yang diberikan kepada beliau.

“YB Asahan, sekarang ini keputusan saya. Saya tidak boleh. Saya tidak benarkan. Sila duduk. Sila duduk. Saya tidak benarkan. Itu had untuk anda. Ambil 10 minit kalau tidak mahu kita…” kata Fort Pin.

Abdul Ghafaar kemudian menyangah perintah Fort Pin dengan berkata, beliau membenarkan Idris untuk mengambil masanya untuk membacakan ayat al-Quran. Fort Pin tetap membantah.

“Speaker ini masa saya. Ini ayat al-Quran. Saya benarkan Idris membaca ayat al-Quran. Ini hak saya. Awak telah beri saya 10 minit!” tegas Abdul Ghafaar.

Fort Pin tetap bertegas dengan tidak membenarkan Idris berbuat demikian sehingga beberapa EXCO bangun menasihatinya supaya memberi peluang supaya ayat suci al-Quran itu dibacakan.

Datuk Noor Effandi Ahmad (PH-Telok Mas) bangun menegur Fort Pin supaya jangan halang Ketua Pembangkang untuk membacakan al-Quran, diikuti Datuk Muhammad Jailani Khamis (PH-Rembia) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

Selepas diasak wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur seterusnya meminta Idris meneruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan.Perjalanan sidang DUN kembali tenang sejurus petikan bacaan ayat suci itu dibacakan Idris.-SM

(Visited 369 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button