Nasional

Syabas Pandelela Rinong! Anda kebanggaan Malaysia – PM

PERFANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin mengucapkan tahniah kepada Pandelela Rinong atas kejayaannya merangkul pingat emas dalam cara 10 meter (m) platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo.

Muhyiddin berkata, ratu terjun negara itu merupakan kebanggaan negara dengah mengerah keringat untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga.

“Tahniah Pandelela Rinong. Keringat dan komitmen anda pastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia. Syabas! Anda kebanggaan Malaysia,” kata Muhyiddin.

Pandelela yang sedang dalam persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini mengungguli acara berkenaan selepas meraih 355.70 mata.

Penerjun tuan rumah, Matsuri Arai berada di tempat kedua dengan 342.00 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada melengkapkan pentas podium dengan 338.55 mata.

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button