Bola SepakSukan

Piala EFL: Aksi Tottenham menentang Orient mungkin dibatalkan

PERLAWANAN Tottenham dalam Piala EFL pada awal pagi esok (waktu Malaysia) mungkin terpaksa dibatalkan selepas hampir kesemua anggota skuad Leyton Orient diuji positif Covid-19.

Menurut laporan SunSport, difahamkan 18 pemain dan staf kelab Liga Dua itu diuji positif menjelang perlawanan tersebut.

Jika perlawanan pusingan ketiga itu dibatalkan, Spurs mendapat bye, manakala Orient akan terlepas bayaran penyiaran sebanyak 100,000 pound (RM529,408) memandangkan pertemuan tersebut bakal ditayangkan menerusi Sky Sports.

Dengan skuad utama Leyton Orient terpaksa menjalani pengasingan diri, kelab itu dicadangkan menurunkan pasukan remaja menentang skuad bimbingan Jose Mourinho kerana pemain-pemain berkenaan tidak berhubung dengan skuad senior.

Dipercayai Spurs tidak gembira dengan khabar tersebut ekoran kebimbangan kelab itu bakal terdedah kepada jangkitan hanya beberapa hari sebelum pertembungan Liga Europa.

SunSport cuba untuk mendapatkan komen daripada Orient, tetapi keputusan akhir hanya akan dibuat oleh Kesihatan Awam England.

Pakar kesihatan, bimbang terhadap lonjakan jumlah penyebaran coronavirus di United Kingdom, dan keputusan perlu diteliti sama ada wabak yang melanda skuad itu berada pada tahap serius untuk mengeluarkan arahan Stadium Orient Breyer Group serta pangkalan latihan perlu dibersihkan dan kesemua staf diarahkan menjalani kuarantin.

EFL kini bekerja keras dengan kelab bagi mencari jalan penyelesaian, dengan Spurs memberikan sokongan kepada kelab jiran mereka itu.

Namun, dengan jadual perlawanan yang padat, tidak mungkin tarikh perlawanan dapat diubah kepada hari lain.
Berita tersebut telah mendorong kepada Tottenham membuat keputusan untuk menaikkan peruntukan kepada 5,000 pound (RM26,470) bagi membolehkan skuad Orient menjalani pemeriksaan pada hujung minggu.

Peraturan EFL telah dilonggarkan musim ini yang mana kelab hanya perlu menjalani ujian sebaik para pemain pulang daripada latihan pra-musim dan sekali lagi dilakukan pada separuh masa kempen.

Plymouth serta Mansfield beraksi menentang Orient pada minggu lalu, dan mengarahkan skuad serta staf menjalani ujian.

Sekiranya pertemuan itu dibatalkan, maka, perlawanan tersebut menjadi mangsa pertama kepada Covid-19 sejak perintah berkurung dikuatkuasakan. – The Sun UK – SM

(Visited 562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button