Nasional

Posmen lastik anjing: Pos Malaysia lakukan siasatan

POS  Malaysia melakukan siasatan terhadap aduan bahawa seorang posmen mencederakan mata seekor anjing dengan melastiknya dari luar pintu pagar sebuah rumah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Pos Malaysia berkata, mereka sedang menyiasat kejadian itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap posmen itu jika didapati bersalah.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup selama 21 saat yang dimuat naik ke Facebook “Malaysia Independent Animal Rescue”, kelihatan seorang lelaki berpakaian seragam Pos Malaysia yang menaiki motosikal berhdapan dengan seekor anjing dipercayai dalam perkarangan rumah pemiliknya.

Lelaki itu kemudiannya menggunakan sesuatu seperti lastik untuk melastik anjing itu sebelum bergerak ke tempat lain.

Catatan Facebook itu menyatakan mata kiri anjing itu cedera dalam kejadian itu didakwa berlaku di Kluang, Johor pada Isnin.

(Visited 579 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button