Berita

Swasta dan orang ramai boleh sumbang kepada akaun amanah bencana

Kementerian Kewangan akan memberi pengecualian cukai kepada syarikat swasta dan orang awam yang menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan medianya berkata, bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana, untuk mengurangkan risiko bencana serta pengurusan mangsa bencana termasuk bencana penularan COVID-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia.

Sebagai tanda manifestasi solidariti bagi membantu Kerajaan dengan mengambil kira situasi semasa, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Badan Berkanun Persekutuan juga digalakkan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji dan ganjaran kakitangan secara sukarela untuk disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana ini.

Pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan bahawa gaji barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak diambil selama 3 bulan mulai Jun 2021 akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.

Pada 1 Jun 2021, Ketua Setiausaha Negara juga telah mengumumkan bahawa potongan sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) ataupun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) penjawat awam selama 3 bulan mulai Jun 2021 juga akan disumbangkan ke dalam akaun yang sama.

Sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun berikut:
Nama Akaun : Akaun Amanah Bencana Bank : Maybank Islamic Berhad No. Akaun : 5660 1065 0930
Selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967, semua sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana oleh individu mahupun syarikat korporat layak mendapat potongan cukai, dengan syarat sumbangan disokong oleh resit rasmi Kerajaan (Kew. 38), ataupun dokumen pengesahan/resit transaksi bagi sumbangan yang dikreditkan melalui saluran-saluran sistem perbankan rasmi.

Akaun Amanah Bencana ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai oleh wakil- wakil dari Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Pengoperasian akaun ini juga tertakluk kepada undang-undang dan garis panduan rasmi, termasuk pengauditan berkala, yang ditetapkan bagi akaun- akaun amanah Kerajaan.

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button