Hiburan

Susulan siasatan SPRM, 4 cawangan Bubblebee ditutup

RAMAI yang tahu bahawa kes siasatan pengubahan wang haram oleh Suruhanjaya Pencegaan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kaitan dengan premis sebuah kafe minuman.

Sedar dengan apa yang berlaku, Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman mengambil keputusan untuk empat cawangan kafe minuman tersebut.

“Kami sedar, kebelakangan ini tular berita mengenai rakan usaha sama kami yang disiasat oleh
pihak berkuasa berkenaan kegiatan yang telah menjejaskan reputasi Bubblebee.

“Hal ini turut menyebabkan seorang daripada ahli lembaga pengarah kami telah dipanggil bagi
membantu siasatan,” katanya.

Menurut Ismail, pihaknya tidak pasti apakah status rakan usaha sama cawangan Bubblebee itu kerana kes masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Namun ujarnya, siasatan ke atas rakan usaha sama ini telah mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan pihaknya dengan teruk.

“Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan
kesemua rakan usaha sama yang menguruskan empat cawangan Bubblebee.

“Cawangan tersebut ialah di Bubblebee Ampang, Senawang, Sentul, dan Sungai Buloh,” katanya.

Jelasnya, penamatan itu berkuatkuasa serta merta bagi melancarkan urusan pengambil alihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Ujarnya, pembukaan semula keempat-empat cawangan ini akan diumumkan di platform komunikasi
rasmi Bubblebee selepas proses pengambilalihan selesai.

Untuk rekod, Bubblebee ditubuhkan pada hujung tahun 2019 bersama beberapa usahawan yang
pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah, dan pemasaran.

Melalui daya kreatif dan kepakaran pemasaran pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah, Bubblebee kini bukan sahaja minuman, malah jenama perniagaan yang dikenali ramai serta menjadi igauan
pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais.

Sehingga hari ini, jenama minuman itu mempunyai 17 cawangan di seluruh negara. 11 cawangan
merupakan milik penuh Bubblebee manakala enam cawangan lagi dibuka secara usaha sama. -SM

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button