HiburanNasional

Kes pemerdagangan manusia: Tauke akhirnya mengaku ditahan polis

PELAWAK popular Tauke Jambu telah membuat pengakuan bahawa dirinya adalah individu yang  telah ditahan polis baru-baru ini.

Pengakuan tersebut telah dinyatakan oleh Tauke menerusi satu posting di Insta Story miliknya.

“Kepada yang masih tak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapak ayam atau transporter tak ada kaitan aktiviti tersebut,” jelasnya.

Sebelum ini polis memaklumkan telah menahan seorang terkenal dalam satu serbuan pada Ahad lalu selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Dalam serbuan yang dilakukan, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks. -SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button