NegeriRencah HidupTravel

Rezeki ikan haruan bawa balik RM30,000

IKAN haruan seberat 1.2 kilogram (kg) menobatkan seorang anggota tentera dari Kem Terendak memenangi hadiah wang tunai RM30,000 selaku juara pada Pertandingan Memancing sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TM2024) di Pengkalan Rama, semalam.

Bagi Muhammad Ridzwan Ismail, 34, berkata, kemenangan tersebut memang tidak disangka kerana dia sudah putus asa ketika tempoh masa sejam sebelum pertandingan itu tamat.

Menurutnya, sejak dari awal pagi dia hanya berjaya menaikkan beberapa ekor ikan tilapia bersaiz kecil dengan menggunakan umpan cacing.

Katanya, dia mengambil keputusan menggunakan anak ikan hidup dan tidak sampai 10 minit jorannya disambar ikan haruan tepat pada pukul 11.34 pagi.

“Ini kemenangan amat bermakna buat saya dan sebagai hadiah untuk anak ketiga saya yang dijangka lahir Jun ini.

“Sebenarnya hati saya dah rasa tak kan menang apa-apa sebab banyak anak ikan tilapia saya dapat. Saya cuba nasib tukar umpan anak ikan dan harap ada keajaiban.

“Alhamdulillah ini rezeki saya dapat naikkan ikan haruan seberat 1.2 kg sekali gus menobatkan saya selaku juara menewaskan 1,200 kaki pancing yang menyertai pertandingan ini,” ujar bapa kepada dua orang anak itu.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Sementara itu buat bekas pesara tentera Anuar Mamat, 52, dari Kuala Selangor agak kecewa apabila ikan bandaraya yang dijinakkan seberat 905 gram pada mulanya menduduki ranking pertama.

Katanya, ikan yang dikailnya pada pukul 9.12 pagi hanya mampu bertahan selama dua jam sebelum dipintas ikan haruan yang didaratkan Muhammad Ridzwan.

“Ini sudah tentu takdir saya. Alhamdulillah dapat nombor dua dan menerima RM7,000. Dalam pertandingan macam-macam boleh terjadi,” ujarnya yang dapat bersama tujuh rakan dari Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu tempat ketiga dimenangi Omar Ismail, 72, dari Manjong, Perak untuk menerima hadiah wang tunai RM3,000 selepas berjaya menaikkan ikan tilapia seberat 665 gram.

“Syukur, saya datang dari Manjong bersama isteri semata-mata nak sertai pertandingan ini dan tak sangka dapat nombor tiga,” ujarnya. – SM

BACA Pertandingan Memancing Sungai Melaka 2024 tawar RM30,000 selaku juara

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button