Lifestyle

Susu PRIDE Bawa Rasa Berkrim dan Nutrisi Hebat ke Rumah Keluarga Malaysia

KELUARGA Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan susu tepung berkhasiat dan lazat dengan kehadiran PRIDE Family Milk Powder, keluaran syarikat tenusu terkemuka dunia, Lactalis. Produk yang telah dipercayai selama lebih 25 tahun di Arab Saudi ini kini dibawa khas ke pasaran tempatan, sebagai solusi pemakanan seisi keluarga yang sihat dan berkualiti.

PRIDE tampil bukan sahaja dengan rasa lemak berkrim yang digemari ramai, malah kaya dengan kalsium, vitamin D, magnesium, protein serta pelbagai vitamin penting lain. Lebih menarik, formulanya mudah larut walaupun dalam air sejuk – sesuai dijadikan minuman harian, untuk memasak dan membuat kek.

Menurut Paul Cazes, Pengurus Besar Lactalis Malaysia, “Kami percaya bahawa produk tenusu memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan, perkembangan kesihatan dan kesejahteraan seluruh ahli keluarga – dari kanak-kanak hingga ke warga emas.”

Pelancaran ini juga hadir tepat pada masanya, memandangkan statistik kesihatan tulang di Malaysia semakin membimbangkan:

  • 94% kanak-kanak lelaki dan 97% kanak-kanak perempuan tidak cukup kalsium harian

  • Kekurangan vitamin D, terutamanya dalam kalangan wanita, mengurangkan penyerapan kalsium sehingga 80%

  • 1 daripada 3 warga emas (32.6%) menghidap osteoporosis

Dengan hanya RM1 secawan, dua cawan PRIDE sehari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan kalsium harian sebanyak 700mg – 1000mg, sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Kenapa PRIDE Pilihan Keluarga:

  • Rasa berkrim digemari ramai – diuji dan disukai dalam ujian rasa

  • Tinggi Kalsium, Vitamin D & Magnesium – sokong tulang dan gigi sihat

  • Kaya dengan protein – baik untuk otot dan pertumbuhan

  • Vitamin A, B2, D dan E – untuk imuniti, tenaga dan kulit sihat

  • Larut dengan mudah, termasuk dalam air sejuk

  • Harga mesra keluarga, sesuai untuk semua peringkat usia 1 tahun ke atas

Kini boleh didapati dalam dua saiz:

  • 450g – RM13.80

  • 800g – RM22.40

PRIDE Family Milk Powder kini boleh dibeli di AEON, Asiamart dan pasar mini seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi menarik, layari media sosial rasmi PRIDE di Facebook, Instagram dan TikTok

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button