Ekonomi

Gaji minimum RM1,500 dilaksanakan sebulan dua lagi – Menteri

GAJI minimum RM1,500 yang dijanjikan kerajaan tahun lepas akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dua lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri sumber manusia M Saravanan berkata gaji minimum, iaitu peningkatan daripada RM1,200 pada masa ini, mendapat sokongan sebulat suara daripada Kabinet, yang telah membincangkannya sejak tiga minggu lalu.

Beliau membuat kenyataan itu apabila diasak oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai jangka masa pelaksanaan gaji minimum.

Saravanan juga berkata kerajaan sedang mengkaji sektor mana yang boleh diberi kelonggaran untuk melaksanakan gaji minimum sedikit kemudian.

Sebarang kelonggaran, katanya, akan terlebih dahulu dikaji kerana kerajaan tidak mahu sebarang pengumuman mengenai kenaikan gaji minimum membawa kepada lonjakan pengangguran, yang telah menurun daripada 5.3% pada 2020 kepada 4.2% pada masa ini.

Kementerian juga akan mengkaji sektor yang akan dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum.

“Saya tidak mahu majikan mengambil kesempatan (kenaikan) dengan mengecilkan tenaga kerja mereka dengan menyebut kerugian perniagaan.

“Kami mengambil langkah positif untuk mengenal pasti sektor yang akan dikecualikan, dan kami akan mengumumkan (sektor tersebut) pada April,” kata Saravanan.

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button