Politik

Langkah Anwar: Mohamad Sabu serah pada kebijaksanaan Agong

Amanah menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan terhadap dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai majoriti untuk mengambil alih kerajaan.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, partinya cukup yakin Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah cukup arif dalam menguruskan perkara tersebut.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli Parti Amanah Negara agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengguriskan hati mana-mana pihak.

“Amanah yakin Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong cukup arif dalam menguruskan perkara ini. AMANAH juga menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan dalam hal ini,” kata Mohamad.

Anwar dijadual mengadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara hari ini.

Dalam satu kenyataan pada 8 Oktober lalu, Anwar berkata, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini.

Susulan itu, Mohamad Sabu berkata, pemimpin Amanah akan bermesyuarat bagi menentukan arah tuju parti buat masa ini dan akan datang dengan penuh berhemah.

“Dalam masa yang sama, gelombang ketiga pandemik COVID-19 melanda negara. Jumlah kes positif baharu terus meningkat. Justeru perlulah kita semua mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kita belum menang dalam melawan musuh yang tidak nampak ini,” kata Mohamad Sabu.

Pada 23 September, Anwar mengumumkan beliau mmempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen yang mencukupi bagi membentuk gabungan kerajaan baharu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan jelas jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

“Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat,” katanya. – SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button