Nasional

Suspek kes kemalangan maut ditahan, sorok kereta di Pandan Indah

SEORANG lelaki yang disyaki terlibat dengan satu kes kemalangan maut dan langgar pada 23 Disember lalu ditahan petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di rumahnya di Cheras kira-kira pukul 2.30 petang.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dengan kemalangan maut di KM 11.8, Lebuhraya Grandsaga menghala ke Kuala Lumpur.

“Suspek kemudian membawa polis ke kawasan Pandan Indah di mana kereta yang terlibat dengan kemalangan tersebut disorokkan.

“Kereta suspek mengalami mengalami kerosakan di beberapa bahagian terutama di bahagian luar kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Sabri, kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa bagi siasatan lanjut.

Ujarnya, ujian air kencing dan sampel darah suspek juga diambil bagi membantu siasatan.

“Kita akan membuat permohonan reman pada esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 10.45 malam itu, sebuah Toyota Vios dinaiki suami isteri bersama empat anak berusia antara sebulan hingga 13 tahun terbabas sebelum terbalik akibat dirempuh daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

Khoo Suat Teng, 36, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan bersama bayinya. -SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 679 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button