Hiburan

Isu air: Masa kecil tak nak belajar, bila besar menyusahkan sejuta orang – Diana Danielle

RAMAI yang tidak berpuas hati bila isu ketiadaan air masih lagi terjadi walaupun negara sudah memasuki tahun 2020.

Antara yang turut meluahkan rasa terkilan ialah pelakon, Diana Danille yang mahu pihak berkuasa menjatuhkan hukuman berat buat mereka yang bersalah.

“Tak relevan kalau hanya denda sahaja apatah lagi dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda, mungkin boleh tercetus kluster air selangor pula.

“Kilang itu kalau kena kompaun RM60,000 ingat mereka peduli ke? Denda itu ibarat celah gigi mereka sahaja sebab itu kesalahan sama akan terus dilakukan,” katanya di akaun Instagram miliknya.

Diana turut menegaskan bahawa ketiadaan air sewaktu Covid-19 ini sebenarnya memberi kesan yang teruk terutamanya kepada peniaga kecil, warga emas, hospital dan lain-lain.

Menurut isteri kepada pelakon Farid Kamil ini, pemilik kilang sepatutnya tahu nak menguruskan sisa industri mereka menerusi cara yang betul dan bukannya dibuang seperti orang yang tidak ada sivik.

“Kalau macam ini, tak payah buka kilang. Sekarang dah menyusahkan berjuta rakyat,” katanya.

Diana menerusi akaun Instagram miliknya juga turut berkongsi gambarnya ketika beratur untuk mengambil air. -SM

(Visited 560 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button