Politik

Annuar dedah Zahid tiga kali cuba jatuhkan kerajaan

BEKAS setiausaha agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Datuk Seri Zahid Hamidi mencuba menjatuhkan kerajaan sebanyak tiga kali.

Presiden UMNO itu, jelas beliau, cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pertama kali ketika berlangsungnya pilihan raya negeri Sabah.

Mengikut laporan media Zahid tidak menghalang ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas alasan Bersatu membuli UMNO semasa pilihan raya negeri berkenaan.

Bagaimanapun kata Annuar, usaha itu berjaya digagalkan kerana semua ahli parlimen BN kekal bersama PN.

Kata beliau, kerajaan PN dibentuk selepas Pas, UMNO dan Bersatu bergabung di dalam Muafakat Nasional (MN).

Selepas gabungan itu turut disokong oleh GPS iaitu gabung parti di Sarawak serta GRS gabungan parti di Sabah.

Tambah Annuar, Zahid tidak berhenti setakat itu, apabila beliau tidak dilantik sebagai timbalan perdana menteri, beliau telah menggesa 15 ahli parlimen supaya menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, jelas beliau, usaha itu gagal apabila akhirnya 15 ahli parlimen termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri selepas Muhyiddin meletak jawatan.

Annuar yang kini ahli Pas berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran Pas Baling, malam tadi.

Pengerusi MN itu berkata, kali ketiga Zahid bertindak menjatuhkan kerajaan ialah apabila mendesak Ismail Sabri supaya mengadakan pilihan raya awal.

”Apabila parlimen dibubar, Zahid mula ‘memancung’ pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau,” katanya.

Zahid juga, ujar beliau, mahukan BN bertanding solo iaitu tidak bersama-sama PN, walaupun sedar BN akan kalah teruk.

Tambah Annuar, presiden UMNO itu sengaja berbuat demikian supaya tiada pihak berjaya membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, PN bersama 10 ahli parlimen BN bersetuju untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan disokong GPS.

Bagaimanapun, jelas beliau, Zahid menggunakan muslihat menafikan sokongan berkenaan dan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong Anwar.

”Setelah surat sokongan yang diserahkan kepada Istana Negara itu bocor, Dewan Tertinggi BN mahu memecat Zahid selaku Pengerusi BN, bagaimanapun mesyuarat itu tergendala apabila sekelompok orang menyerbu ke dalam bilik dan membuat kecoh,” kata Annuar.

Akhirnya kata beliau, terbentuklah kerajaan perpaduan dengan UMNO serta BN dipaksa bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Zahid, kata beliau, telah mengkhianati mandat pengundi yang tidak mahukan DAP serta PKR menjadi kerajaan.

Kerjasama itu, ujar beliau, tidak cocok dengan nilai bernegara di Malaysia yang majoritinya orang bumiputera dan Islam agama rasmi.

Tambahnya, DAP sebagai parti sosialis liberal yang memperjuangkan hak sama rata semua kaum adalah menafikan hak istimewa bumiputera yang ditetapkan oleh perlembagaan.

Justeru itu, Annuar menyeru para pengundi termasuk ahli UMNO terus bersama-sama mengundi PN pada pilihan raya enam buah negeri bagi menunjukkan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh Zahid.

 

 

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button