Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka rendah ekoran prestasi negatif di Wall Street

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan prestasi negatif Wall Street semalaman kerana peniaga menjangkakan data senarai gaji bukan ladang AS yang lebih tinggi untuk Jun yang akan meningkatkan kemungkinan kadar kenaikan Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Pada pukul 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.92 mata kepada 1,383.03 daripada 1,385.95 pada penutupan Khamis.

Indeks utama dibuka 3.75 mata lebih rendah pada 1,382.20.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung 178 berbanding 97, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung. – SM

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button