Politik

Surat perjanjian antara PM Ismail Sabri dengan Muhyiddin

Bahagian 2

Semalam Netizen dikejutkan dengan cerita-cerita mengenai Surat Perjanjian antara PM DS Ismai Sabri dengan TS Muhyiddin Yassin.

Tiada kepastian sehingga hari ini, samada Surat Perjanjian Yang Viral Semalam itu Palsu atau Tidak ?

Kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam perbincangan tersebut, tidak menghebahkan isi kandungan surat perjanjian secara terperinci (detail).

  1. Kedua-dua belah pihak memegang kepada KERAHSIAN isi kandungan Surat Perjanjian tersebut.

WE CAN NEITHER CONFIRM NOR DENY.

  1. Bermaksud …..

Kita tidak boleh mengesahkan dan kita juga tidak boleh hendak menafikannya.

  1. Perkara yang jelas kelihatan ialah Pemimpin-Pemimpin Tertinggi UMNO tahu dan bersetuju agar pembentukan Satu Kerajaan yang baru dilakukan segera dengan Perikatan Nasional pada bulan Ogos 2021 itu.
    5 UMNO juga tahu, pada ketika itu untuk DS Ismail Sabri jadi Perdana Menteri memerlukan sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional kerana jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional dan UMNO hanya ada 42 orang sahaja.

Iaitu jauh daripada angka 111 yang diperlukan untuk majoriti mudah, memandangkan 2 kerusi Parlimen masih lagi kosong.

  1. Pada ketika itu juga, Calon dari UMNO, DS Ismail Sabri berlumba untuk mendapatkan sokongan SD dari Ahli-Ahli Parlimen UMNO-BN, PN, GPS Sarawak dan Bebas.

Pada waktu yang sama, DS Anwar Ibrahim juga berlumba untuk mendapatkan sokongan SD Ahli-Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan, Warisan, UMNO dan Bebas.

  1. Sekiranya PM DS Ismail Sabri lewat mengerakkan momentum untuk mendapatkan sokongan ini, berkemungkinan besar pada ketika itu (Ogos 2021), Anwar Ibrahimlah yang dibakal diangkat menjadi Perdana Menteri ke-9.
  2. Berkemungkinan kerana inilah, Lokman Adam marah sesangat kepada PM DS Ismail Sabri dari semalam lagi.Sehingga mencadangkan agar Perdana Menteri DS Ismail Sabri dihadapkan ke Lembaga Displin UMNO.

Kemungkinan juga, pada ketika itu, Lokman Adam mahukan Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri, bukan Ismail Sabri.

  1. Apa yang pasti, ketika gerakan untuk mendapatkan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional dilakukan, pasti ada beberapa perjanjian terbentuk didalam kesepakatan tersebut.

UMNO mengetahui isi kandungan kesepakatan ini.

  1. Tidak perlulah ianya dihebahkan kepada public ataupun orang awam.

Kerahsian ini perlu disimpan oleh kedua-dua belah pihak dan kedua-dua belah pihak seharusnya duduk berbincang perkara ini untuk mencari satu Formula Kesepakatan agar Kerajaan Keluarga Malaysia ini terus terbentuk kukuh bagi menghadapi Krisis Inflasi, Kenaikkan Harga Barang dan Kegawatan Ekonomi yang bakal menyerang Negara. – SM

(Visited 1,268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button