NasionalNegeriPolitik

10 ADUN PH, BN angkat sumpah Exco Perak

DALAM seluruh rakyat Malaysia menunggu siapakah Perdana Menteri Ke-10, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, hari ini.

Mereka merupakan tiga ADUN Barisan Nasional (BN) UMNO manakala Pakatan Harapan (PH) diwakili empat daripada DAP, dua PKR dan seorang daripada Amanah.

Mewakili UMNO ialah ADUN Lintang, Mohd Zolkafly Harun, Salbiah Mohamed (Temengor) dan Khairudin Abu Hanipah (Belanja).

ADUN PKR ialah Mohd Azlan Helmi (Tualang Sekah) dan Sandrea Ng Shy Ching (Teja) manakala Amanah, Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat).

DAP pula diwakili bekas Exco kerajaan negeri, A Sivanesan yang juga ADUN Sungkai, Loh Sze Yee (Jalong), Teh Kok Lim (Aulong) dan Woo Kah Leong (Pasir Bedamar).

Semua mereka kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Abdul Wahab Mohamed.

Semalam ADUN Kota Tampan Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak Ke-14, penggal baharu di hadapan Sultan Nazrin.

PH dan BN bersetuju menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri selepas masing-masing mendapat 24 kerusi serta sembilan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi. – SUMBER FMT – SM

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button