Luar Negara

Covid-19: Menara Eiffel Paris dibuka, tetapi kena naik tangga

JIKA pernah naik Menara Kuala Lumpur dengan menggunakan tangga dari tingkat bawah, maka anda boleh pergi ke puncak Menara Eiffel di Paris.

Nampak macam mengarut, tetapi itulah yang dikuatkuasakan di tempat tumpuan pelancong itu di Paris, Perancis.

Kerajaan Perancis akan membenarkan menara ikonik negaranya dibuka kepada pelancong pada 25 Jun nanti.

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan Koronavirus (Covid-19) pengunjung dikehendaki menggunakan tangga untuk naik ketas.

Perkhidmatan lif tidak akan dibuka sebagai pengamalan normal baharu bagi mengelakkan kesesakan dan menjaga penjarakan sosial.

BACA > Sempadan Australia tutup hingga 2021 — Suara Merdeka

“Kami berharap operasi menara dapat dibuka sepenuhnya menjelang cuti musim panas.

“Namun dalam masa sama, langkah-langkah keselamatan perlu diambil termasuk pencegahan Covid-19 sebagai sesuatu yang baharu.”

Kata pengarah pengurusan menara itu, Patrick Branco Ruivo dipetik portal Channel News Asia (CNA) hari ini.

Namun, walaupun perkhidmatan lif tidak dibuka, pengunjung hanya dibenarkan naik sehingga ke tingkat dua menara berketinggian 324 meter itu.

Menurutnya, ruang dalam lif terlalu sempit untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai.

“Justeru, dua laluan pada tangga ditetapkan untuk naik dan turun. Pengunjung berusia 11 tahun ke atas perlu memakai penutup hidung dan mulut.

“Untuk menarik pengunjung, kita promosikan langkah selamat sebagai salah satu perkara penting yang diambil,” ujarnya.

BACA > Covid-19: Risiko dua, tiga kali ganda jangkitan dalam rumah — Suara Merdeka

Namun, tambah Branco Ruivo, pembukaan tersebut hanya terhad bagi penduduk yang berada di sana dan tidak dibuka buat pengunjung dari negara lain. – SM

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button