NegeriRencah Hidup

OKU penglihatan rai ulang tahun kedai kraf titip untuk bonda

SAMBUTAN Ulang tahun Ke-15 Kedai Kraf Tangan Orang Bukan Upaya (OKU) Penglihatan Perlis amat bemakna kali ini apabila ia dititip khas untuk bonda tercinta.

Roslan Bidin, 51 berkata, ibunya Embun Abdullah, 85 adalah tonggak kejayaannya selama ini.

Wan Badariah menyampaikan rotan mentah kepada Roslan sempena majlis Ulangtahun Ke-15 Kedai Kraf Tangan OKU Penglihatan Perlis di Kampung Beseri Dalam, Beseri, Perlis. – Gambar FB Roslan Bidin

“Majlis ini juga diadakan sebagai mengenang jasa bonda yang selama ini menjadi “mata dan telinga” saya selama 15 tahun serta meraikan semua pihak yang memberikan sumbangan dan sokongan terhadap usaha ini,” katanya pada majlis berkenaan di Kampung Beseri Dalam, Beseri, Perlis.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana hasil mengumpul sejak dua tahun lalu dlserta dibantu oleh penyumbang yang enggan didedahkan nama mereka sehingga majlis ini dapat dilaksanakan.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Exco Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad.

Wan Badariah juga turut menyampaikan bantuan rotan mentah kepada empat OKU Penglihatan yang mengusahakan kraf rotan di Perlis dan Kedah.

Ia melibatkan Saadiah Md. Nor dari Bintara Kraf Kedah manakala Roslan Bidin, Norjasmee Osman dan Kassim Hamzah pula dari Lan Seni Kraf Enterprise.

Wan Badariah melawat kedai kraf yang diusahakan Roslan sejak 15 tahun lalu. – Gambar Ihsan FB Roslan Bidin

Setiap seorang mendapat medapat 10 kilogram rotan.

Roslan berkata, beliau yang menerima sumbangan ini bersama tiga rakan lagi akan menghasilkan kraf untuk Festival Kraf Utara mulai 22 September hingga 1 Oktober ini di Kraf Tangan Malaysia Cawangan Perlis di Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Beliau berkata dengan bantuan ini sebenarnya dapat membakar semangat penerima untuk lebih produktif.

Roslan berkata, ia juga sebagai persediaan sumbangan kecil oleh pihaknya sempena tahun melawat Perlis 2024-2025.

Beliau berharap, pelancong luar dapat membawa balik produk OKU Penglihatan sebagai tanda kenangan semasa lawatan ke sini. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button