Alam Sekitar

Sungai Batu: Sejauh Mana Tamadun Terawal Asia Tenggara Ini Akan Dipopularkan?

Tidak ramai generasi muda hari ini mengetahui kewujudan tamadun terawal Asia Tenggara yang ada di Sungai Batu, Kedah kerana kisah kewujudannya tidak pernah diceritakan dalam buku teks sejarah di sekolah.

Namun berdasarkan bukti yang ditemui, para pengkaji mendapati Sungai Batu pernah menjadi hub mengeksport besi kuno sejak kurun ke-5 sebelum Masehi, tetapi masih memerlukan data dan kajian lebih lengkap.

Dari segi geografi, kedudukan Sungai Batu amat strategik kerana terletak berdekatan dengan Gunung Jerai sekali gus membantu para pedagang untuk berlabuh setelah menjadikan puncak gunung sebagai panduan.

Keadaan ini dapat dibuktikan dengan penemuan 12 buah jeti berhampiran Sungai Batu kuno yang pernah mengalir di tapak bersejarah itu termasuk penemuan kapal purba.

Menurut sumber, terdapat lima buah kapal purba yang masih berada di bawah tanah sekali gus memberikan gambaran kawasan tersebut pernah menjadi pelabuhan yang sangat pesat.

Semasa sebelum Masehi dan awal Masehi, aras laut di situ lebih tinggi dan menyebabkan Sungai Batu betul-betul berada di tepi laut pada ketika itu.

Namun sekarang, lebih kurang 12km ke Tanjung Dawai baharu nampak laut dan ia semakin mengecil disebabkan perubahan struktur muka bumi dan alam semulajadi.

Sungai yang dahulunya selebar 100 meter dan sedalam 30 meter semakin cetek setelah ribuan tahun menyebabkan kapal-kapal besar tidak dapat masuk.

Susulan itu, ia menjadi antara sebab utama kejatuhan Sungai Batu sebagai pusat pelabuhan apabila mereka mula pindah ke kawasan lain yang menghampiri laut seperti Pengkalan Bujang dan Sungai Mas.

(Visited 553 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button