Hiburan

Selamat pengantin baru Nabila – Sharnaaz Ahmad

PELAKON, Sharnaaz Ahmad membuat ucapan khas buat bekas isterinya, Noor Nabila yang berkahwin dengan Engku Emran hari ini.

Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, dia mendoakan supaya Noor Nabila dan suaminya bahagia hingga ke anak cucu.

“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran… semoga berbahagia ke anak cucu.

“Jaga Jebat elok-elok na…” katanya.

Sharnaaz dan Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017.

Namun, mereka memilih untuk berpisah pada Julai tahun lalu dan sepanjang perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Jebat Jayden.

Terdahulu, suami Noor Nabila iaitu Engku Emran turut menerima ucapan tahniah daripada bekas isterinya yang juga seorang pelakon, Erra Fazira. -SM

(Visited 851 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button