Nasional

Tiga warga Malaysia terkandas di Sudan

MAKLUMAT mengenai sebuah keluarga warga Malaysia yang masih terperangkap dan tinggal di wilayah Al-Gaza, pada 30 April lalu telah disahkan oleh Wisma Putra.

Mereka terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya yang merupakan warga Malaysia manakala suaminya warga Sudan.

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, “maklumat diterima melalui Facebook Messenger Kedutaan Malaysia di Sudan. Keluarga ini tidak pernah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.

“Bagaimanapun, usaha membawa mereka keluar dari Sudan sedang diusahakan oleh Task Force Ops Sudan.

“Pada ketika ini, ketiga-tiga rakyat Malaysia dan suami warga Sudan itu sedang dalam perjalanan menuju ke Port Sudan dan dijangka tiba pada 3 Mei 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zambry mengesahkan terdapat dua rakyat Malaysia berkhidmat dengan misi pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan pada ketika ini iaitu Mejar Zazalina Ghazali dan Leftenan Komander Naadifarin Che Kamaruddin yang dilaporkan berada dalam keadaan selamat di wilayah Abyei yang tidak terjejas teruk. – SM

Artikel berkaitan > AS beri penghargaan kepada Malaysia kerana bantu rakyat Amerika dari krisis Sudan

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button