Nasional

Ban dekat pintu kunci air Taman Sri Mudah pecah

Hujan lebat petang semalam

SEBUAH ban berhampiran pintu kunci air di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor pecah dipercayai akibat hujan lebat di kawasan tersebut petang semalam.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada penduduk pada pukul 8.15 malam tadi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba di lokasi 14 minit kemudian.

“Keadaan di lokasi terkawal. Kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Norazam berkata, pihaknya turut menggerakkan lima bot ke lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

“Bomba akan terus berada di lokasi sehingga air pasang pada 12 tengah malam untuk memantau paras air. Setakat ini tiada limpahan air ke kawasan kediaman penduduk,” katanya. – SM

Top of Form

Bottom of Form

 

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button