Nasional

Jemaah makin tinggi, perlu tambah baik masjid – Annuar Musa

PEMBINAAN dan membesarkan prasarana masjid kini dilihat satu perkara yang mesti dilakukan bagi menampung jumlah Jemaah yang semakin meningkat kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Kerajaan turut mengambil inisiatif dengan menyumbang beberapa bantuan ringgit kepada masjid dalam usaha dan kerja penambahbaikan prasarana.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Penyampaian Zakat Fisabilillah Pelajar Tingkatan Enam Atas dan Bawah.

“Kami turut menyampaikan sumbangan tunai pembinaan masjid sebanyak RM1 juta untuk digunakan oleh jawatan kuasa masjid Bukit Marak yang sedang dalam pembinaan dan RM500 ribu untuk masjid mukim Kerak, Patek yang diharap dapat memulakan pembinaan pembesaran masjid masing-masing,” jelasnya.

Tambahnya, parlimen Ketereh kini pesat membangunkan kawasan-kawasan perumahan dan melibatkan jumlah Jemaah semakin melonjak tinggi hampir semua mukim.

Annuar juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu dalam usaha menambahbaik prasarana masjid ini selain sumber yang diberikan daripada kerajaan.

“Sumber sumbangan daripada pihak-pihak tertentu, rakan-rakan, peniaga-peniaga dan sebagainya turut menyumbang dan sebahagiannya ada menyumbang melalui yayasan masjid untuk pembinaan masjid” jelasnya. – SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button