Nasional

Sumbang balik pada masyarakat, komited buat kerja amal – WTCKL

PUSAT Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) rai 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih dalam Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar, di Kuala Lumpur, semalam.

Keindahan bulan Ramadan yang penuh keberkatan kali ini membuka peluang kepada WTCKL menyantuni Pertubuhan Kebajikan yang merupakan pusat jagaan bagi anak yatim, anak asnaf, fakir miskin dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai murni yang cuba diterapkan oleh WTCKL sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) atau melalui sumbangan secara terus.

Anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih sedang menikmati juadah yang tersedia

Seperti tahun sebelumnya, pengurusan WTCKL komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadan.

“Di samping menghimpun rasa syukur, WTCKL berbesar hati untuk membuka ruang kepada anak-anak yatim dan berkongsi pengalaman merasai pelbagai juadah enak di Majlis Berbuka ini.


“Selain menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada fakir miskin dan gelandangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pihak WTCKL juga bekerjasama secara konsisten dengan beberapa buah rumah kebajikan lain dengan menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan bantuan wang tunai ke beberapa buah rumah penjagaan orang tua dan rumah anak yatim” tambahnya.

Penyanyi, Asmidar bersama anak-anak yatim Cahaya Kasih

Majlis ini turut dimeriahkan barisan artis tanah air seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Kumpulan Inteam, Mei Fen, Farah Ahmad, Faez Malek, Izmir Fareez dan ramai lagi.

Sokongan dan kehadiran pelbagai kaum menunjukkan program amal ini tidak hanya khusus sebagai tuntutan agama malah bertujuan mengeratkan lagi ukhwah sekali gus membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. – SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button