Politik

Sultan rilek je tak sebut apa pun – Pas Perak

Pening membaca kenyataan media Pas Perak. Jadi admin letakkan dan pembaca nilailah sendiri sikap pemimpin Pas.

Berikut kenyataan penuh Pas Perak.

Dah tersebar kononnya PAS derhaka Sultan …  Sultan rilek je tak sebut apa pun..

TS Anuar Zaini mewakili istana dikhabarkan memanggil pimpinan PAS melalui satu panggilan segera hari ini. PAS Perak belum bersedia dengan keputusan.  Maka PAS Perak memaklumkan ketidaksediaan tersebut.

PAS Pusat sedang berusaha cari jalan terbaik menyatukan melayu Islam.  Silap percaturan.. Penyatuan musnah. Percaturan di Perak akan menentukan percaturan di negeri lain.

Hanya PAS berada antara PN dan MN.  Sebab itu langkah PAS mesti tenang dalam mengimbangi persaingan PPBM dan UMNO.  PAS tak boleh terheret sama dalam polemik perpecahan ini.

Sewajarnya kita semua letakkan keyakinan untuk usaha menghalang dari runtuhnya penyatuan ummat melayu islam khasnya di Perak.

Dari awal PAS cuba perteguhkan penyatuan ini. Usul yg di bawa umno disokong oleh PAS.. Malangnya UMNO sendiri yang tak sokong… Kesian PAS… kena game dengan umno..

Sudahnya apabila keadaan semakin parah.. PAS yang cuba mendamaikan dipersalahkan…

In sya Allah PAS yang sangat kuat berpegang dengan adat Melayu bersendikan Islam tidak sama sekali membelakangkan istana.  PAS mahu mengadap Tuanku dengan persediaan yang rapi kerana tingginya penghormatan PAS kepada istana.

PAS tidak mahu mengecewakan Tuanku jika hadir tanpa sebarang keputusan yang memuaskan hati baginda.  Islam mendidik kepimpinan PAS menghormati institusi istana kerana mereka payung agama..

Setiausaha Politik Pesuruhjaya PAS Perak, FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN

(Visited 1,047 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button