Politik

BN wajar tentukan kedudukan pada keputusan PRN Sabah

BARISAN Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) wajar memerhatikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai penilaian kedudukan mereka.

Ini kerana PRN Sabah boleh dijadikan kayu pengukur bagi kedudukan parti dan gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Malah, kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut dikatakan dapat dilihat menerusi PRN negeri di bawah bayu itu.

“Dalam keadaan hari ini dengan apa yang berlaku di Sabah dalam tempoh 60 hari nanti akan berlakunya pilihan raya.

“Ia pasti memberikan sentimen yang cukup besar sebenarnya.

BACA > Lompat parti sekarang lebih teruk berbanding katak – Ibrahim – Suara Merdeka

“Contohnya, kalau BN yang menang, Tan Sri Musa Aman jadi Ketua Menteri Sabah baharu, ia juga satu indikasi kepada Pakatan Harapan (PH).

Stability of the country, depend largely towards the coalition of PN or PH.

“Jadi rakyat mungkin sudah jemu dengan politik-politik mereka (PH). Dia ada implikasi yang sebenarnya.”

Demikian analsis yang diberikan penganalisis isu semasa dan Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan UMNO menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan permohonan Bersatu menyertai MN.

Dalam masa sama beliau juga memaklumkan indikasi sama juga perlu diberi perhatian oleh Pakatan Harapan (PH).

Pemerhatian itu perlu dibuat bagi menentukan sama ada gabungan itu benar-benar mendapatkan sokongan rakyat atau sebaliknya.

BACA > Pensyarah saman 10 pemimpin DAP, 10 Amanah – Suara Merdeka

“Jika Sabah itu kekal di bawah Warisan, ini satu indikasi yang MN kena kaji.

SABAH
MOHD. AMIRUL AKHBAR

“Bermaksud mandat yang diberikan pada 2018 oleh rakyat, kekal. Maksudnya rakyat masih inginkan perubahan.

“Rakyat menolak pemimpin-pemimpin yang ada kaitan dengan rasuah, kes-kes mahkamah,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) goyah selepas Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Susulan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tambah Mohd. Amirul Akhbar, BN melalui UMNO akan berhadapan kesukaran untuk memenangi PRN Sabah sekiranya sentimen rasuah dimainkan.

“Orang Sabah tahu siapa sebenarnya Musa Aman. Jadi kita lihat nanti, sebab itu saya katakan Sabah ini menarik untuk di analisis.

“Kemudian akan bermain dengan isu rasuah Musa Aman dengan 46 tuduhan yang dilepaskan begitu sahaja.

“Kalau BN kalah di Sabah, mereka perlu berfikir dua kali dengan segala laungan boleh menang PRU-15 ini.

BACA > Bersatu mahu tanding 45 daripada 73 kerusi di PRN Sabah – Suara Merdeka

“Mereka juga harus berfikir kemungkinan kalah lebih teruk lagi. Tetapi kalau menang, itu adalah harapan kepada BN,” jelasnya.

(Visited 317 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button