Nasional

Sultan Kedah rasmi kompleks baharu IPK Kedah

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan merasmikan kompleks baharu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, semalam.

Keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Tengku Ariff, diiringi Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazudin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri  Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan isteri, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jamil Rakon dan isteri, Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan isteri serta barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia dan isteri.

Sumber: Facebook Rasmi Polis Kontinjen Kedah.

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button