Nasional

Anwar jumpa komuniti Islam di Berlin

PERDANA Menteri yang sedang dalam lawatan rasmi ke Jerman turut mengambil kesempatan berjumpa dengan komuniti Islam di Berlin.
Dalam hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: “Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bertemu dan mengadakan perbincangan dengan komuniti Islam di Masjid Şehitlik, Berlin.
“Penghargaan saya buat Duta Besar Türkiye ke Jerman, Ahmet Başar Şen yang turut bersama dalam sesi ini serta delegasi Malaysia yang lain.
“Dalam pertemuan ini kami sempat membincangkan soal pembangunan umat Islam di Jerman serta situasi yang menimpa warga Palestin.
“Kami juga nyatakan pendirian bahawa penderitaan warga Palestin ini mesti dihentikan serta-merta.
“Saya turut sampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di sini bagi kegunaan sempena bulan Ramadan selain menyerahkan 12 naskah Al-Quran cetakan khas dan terjemahan.”
(Visited 13 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button