Sukan

Sultan Ibrahim ucap tahniah kepada Mohd Aniq Kasdan

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini melahirkan rasa bangga serta menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Aniq Kasdan yang berjaya menyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, semalam.

Atlet angkat berat negara yang merupakan anak jati Segamat, Johor, berjaya meraih tempat pertama bagi kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg selepas berjaya melakukan angkatan snatch 107kg dan clean&jerk 142kg.

Mohd Aniq yang berusia 20 tahun turut berjaya mencatat rekod baharu Sukan Komanwel.

“Anda menjadi kebanggaan kami semua. Semoga terus berusaha mencapai kejayaan,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button