Politik

Bersatu Melaka sokong Muhyiddin terus kemudi kerajaan

Bersatu Melaka menzahirkan sokongan yang teguh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin untuk terus mengemudi Kerajaan Perikatan Nasional.

Serentak itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menyeru agar semua pemimpin dan parti politik untuk mengetepikan kepentingan politik masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu berkata, mereka harus bersatu hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada segala usaha untuk menangani pandemik Covid-19.

“Rakyat Malaysia menuntut semua pihak memberi keutamaan kepada isu kesihatan, kebajikan dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara berbanding perebutan kuasa dan agenda peribadi masing-masing.

“Kestabilan politik amat signifikan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang direncanakan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Menurutnya, BERSATU Melaka juga akan terus menghormati, menjunjung dan memelihara sistem Raja Berperlembagaan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.-SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button