Nasional

Rakyat Perlis boleh guna pas sempadan masuk Thailand

KHABAR gembira untuk rakyat Perlis kerana kini sudah boleh menggunakan pas sempadan untuk masuk ke Thailand.

Jadi rakyat Perlis sudah boleh membuat permohonan pas sempadan untuk kemudahan ke sana.

Kebenaran pas sempadan ini memang diberikan kepada penduduk yang bermastautin di negeri berhampiran sempadan Thailand termasuk Perlis.

Bagaimanapun penggunaan pas sempadan ini hanya membenarkan tempoh untuk tinggal selama tiga hari sahaja dengan jarak perjalanan terhad.

Dengan pembukaan sempadan di pintu masuk Padang Besar hari ini penggembara dari Thailand juga boleh menggunakan pas sempadan masuk ke Malaysia.

Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Ruzaini Rais berkata, kebenaran ini diberikan hasil persetujuan kerajaan Malaysia dan Thailand.

Ruzaini berkata, sekaligus pembangunan di pekan Padang Besar akan kembali rancak.

Beliau berkata demikian ketika
melakukan tinjauan hari pertama pembukaan pintu masuk sempadan di Padang Besar.

Ruzaini berkata, setakat ini jumlah penggembara dari sini ke Thai masih kecil.

“Jadi tidak dapat dianggarkan jumlahnya meningkat atau tidak hanya selepas seminggu,” katanya.

Ruzaini berkata, lagipun perkara ini masih belum lagi tersebar meluas.-SM

(Visited 668 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button