Nasional

Pandu lawan arus di laluan motosikal, pemandu Vios diburu

POLIS sedang mengesan pemandu kereta Toyota Vios yang tular selepas menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan hingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal kemalangan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Rabu lalu dan sempat dirakam pengguna motosikal tersebut sebelum dia merempuh tembok ketika cuba mengelak kereta tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang.

“Kereta tersebut didapati memandu secara melawan arus di lorong motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya.

BACA> Warga emas maut, kereta terjunam dari tingkat 3

“Mangsa terkejut kerana kereta tersebut secara tiba-tiba keluar dari terowong motosika dan dia telah merempuh tembok untuk mengelak daripada bertembung dengan kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkefly, kereta bernombor plat QMN 5338 itu didaftarkan di bawah nama seorang lelaki yang beralamat di Sarawak.

“Kita mohoh pemilik kereta atau pemandunya untuk datang menyerah diri ke balai polis Trafik JSPT Kuala Lumpur.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian juga boleh menghubungi Sarjan Shamsul Kamal atau Asisten Superintenden Khairul Naim di talian 03-20719999,” katanya.

BACA> Md Rayhan dihalau keluar dari Malaysia, balik negara asal malam ini

Tambahnya, kemalangan itu telah mengakibatkan mangsa cedera di lutut kiri dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button