Politik

Annuar Musa sekapal dengan Ahli-Ahli Parlimen, Ketua-Ketua Bahagian UMNO: No Anwar No DAP

Presiden UMNO tak ada hak tentukan kerjasama UMNO dengan mana

MENZAHIRKAN tidak puas hati dan protes terhadap paksaan yang sedang dilakukan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang seolah-olah memaksa kolaborasi di antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) ditunjukkan Ahli-Ahli Parlimen dan ketua-ketua Bahagian parti.

Dalam sidang akhbar yang telah diadakan hari ini, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang tidak dicalonkan oleh Ahmad Zahid sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini melahirkan rasa terharu dengan ketegasan Ahli-Ahli Parlimen BN khususnya Perdana Menteri Sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menolak kerjasama BN-PH.

SIDANG media Ketua-Ketua Bahagian UMNO – visual tangkap layar portal berita MG

Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) terharu dengan ketegasan dan istiqamah mempertahankan keputusan Perhimpunan Agong Parti yang merupakan badan pembuat dasar tertinggi parti.

“Justeru saya selaku antara individu yang banyak terlibat dengan pelbagai keputusan dan dasar parti sekian lama terutama ketika menjadi Ahli Parlimen, Ahli MKT, Setiausaha Agong parti, Setiausaha Bersama Muafakat Nasional dan lain-lain merasakan sampailah masanya pencerahan dibuat demi kepentingan ahli-ahli parti untuk mengetahui perkara sebenar berhubung banyak perkara yang tidak dikongsikan sebelum ini,” kata Annuar.

Beliau berkata, atas permintaan banyak pihak maka beliau bersetuju UNTUK MENJAWAB SEMUA SOALAN DALAM SESI “TIADA APA PERLU DISEMBUNYIKAN LAGI” pukul 9.00 malam ini yang akan disiarkan secara langsung di Facebook beliau.

Ketua-Ketua Bahagian UMNO juga memberi peringatan kepada Presiden UMNO bahawa beliau tidak ada hak untuk menentukan kerjasama UMNO dengan mana parti.

Perbincangan di peringkat kepimpinan Bahagian parti juga dilakukan kerana bukan soal nak tukar parti tetapi mengikut Perlembagaan parti dan tetap beristiqomah dengan BN dan berjuang dengan UMNO. – SM

(Visited 776 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button