Luar Negara

Presiden Brazil disahkan dijangkiti Covid-19

PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro semalam mengumumkan beliau disahkan dijangkiti Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Isnin lalu, Bolsonaro menjalani saringan Covid-19 di Hospital Tentera Brazil selepas mengalami demam, batuk dan sakit kepala.

Berikutan itu, beliau membatalkan lawatannya ke Bahia dan Minas Gerais yang dijadual pada minggu ini.

Bolsonaro, 65,  berada dalam kumpulan berisiko tinggi dijangkiti virus itu kerana berusia lebih 60 tahun.

Sebelum ini, beliau sering kelihatan muncul di khalayak tanpa memakai pelitup muka (face mask) dan tidak mematuhi penjarakan sosial.

Pernah menjalani ujian saringan sebanyak tiga kali pada Mac lalu sebaik pulang dari Washington, yang menyaksikan 20 anggota delegasi beliau atau orang yang ditemuinya didapati positif Covid-19.

Pada awalnya, beliau enggan mendedahkan hasil ujian itu kepada umum namun  Mahkamah Agung Brazil memutuskan perkara itu perlu diumumkan demi keselamatan kesihatan banyak pihak.

Brazil negara kedua di dunia paling teruk diancam Covid-19 selepas Amerika Syarikat yang setakat ini  menyaksikan korban melebihi 65,000 dengan 1,623,284 kes disahkan. – BERNAMASM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button