Nasional
Trending

Covid-19: Jika Parlimen ditutup, apa jadi pada Belanjawan 2021?

Analisis

DALAM Dewan Rakyat pagi tadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menjangkakan kemungkinan penutupan Parlimen jika berlaku jangkitan Koronavirus (Covid-19).

Azhar Azizan menjangkakan demikian jika terdapat kakitangan atau Ahli Parlimen yang dijangkiti virus pandemik itu.

Keperluan tersebut adalah berdasarkan kepada penilaian daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sepeti dimaklumkan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Namun, timbul tanda tanya mengenai pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada lusa (6 November).

Kerajaan perlu menjelaskan perkara tersebut kerana rakyat menunggu bantuan dan insentif berikutan tekanan ekonomi yang semakin berat sedang ditanggung.

Mereka yang hilang punca pendapatan turut menanti impak dan limpahan daripada Belanjawan 2021 kerana pekerjaan baharu pun tidak akan dapat diperoleh dalam masa terdekat.

Lantaran itu, rakyat berharap Belanjawan 2021 atau sebarang bentuk inisiatif daripada kerajaan dapat diteruskan sekiranya Parlimen ditutup.

Ahli Parlimen juga dinasihatkan tidak lagi mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) termasuklah penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

Rakyat tidak mahu dengar lagi isu ‘double standard’ dalam pelaksananan dan penguatkuasaan SOP dalam kalangan Ahli Parlimen.

Atau rakyat sendiri akan memarahi wakil rakyat mereka sekiranya dijangkiti Covid-19 terutama menjelang pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan dan perbahasannya.

Azhar Azizan juga mengingatkan Ahli Parlimen tidak boleh mengadakan mesyuarat dan jamuan dalam skala yang besar.

Ahli Parlimen juga dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan di luar Parlimen serta mengelak daripada bergaul dan menghadiri majlis ditempat sesak.

Beliau juga dilapor akan mengeluarkan notis dari semasa ke semasa berkenaan perkembangan Covid-19 berkaitan dengan Parlimen. – SM

(Visited 438 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button