Politik

Tak lah hebat mana UMNO Johor – Shahrir

Shahrir Samad antara pemimpin yang lantang meluahkan kekecewaan apabila Hasni tidak dilantik sebagai menteri besar Johor.

Shahrir sampai melahirkan rasa malu untuk hadir ke perhimpunan agung UMNO berlangsung pada Rabu ini.

Bahkan beliau juga melahirkan rasa kecewa dan menyifatkan UMNO Johor tidak hebat mana.

Ini catatan beliau di Facebook miliknya:

Mula-mula cerita itu sampai ke saya secara bisik-membisik.

Saya hanya terdiam.

Tadi, adanya kenyataan media oleh YB Dato Hj Ir Hasni. Bahasanya teratur dan sungguh halus. Tapi ia mengesahkan secara tersirat akan ada pengganti kepada dirinya bagi jawatan Menteri Besar Johor.

Malu saya.

Sepanjang kempen saya ketawakan PN dan PH serta sekutu yang tidak mampu menamakan calon mereka sebagai MB.

UMNO sudah pasti dengan Dato Hasni sebagai MB.

Tapi itu tidak cukup kuat. Dan UMNO Johor tidak mampu lakukan apa-apa.

Jadi, saya malu hendak ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia hujung minggu ni.

Bolih dapat mandat rakyat, tapi tidak berupaya meletakkan ketua parti sebagai ketua kerajaan.

Taklah sehebat mana UMNO Johor.

Patut saya juga jurucakap UMNO Johor di PAU kali ini. Tapi kalau saya sudah malu nak ke PAU atas nama bahagian UMNO dari negeri Johor, tak de lah saya nak cakap apa2 pun.

Maaf kepada rakan-rakan. Saya sungguh malu dengan apa yang sudah berlaku selepas sebuah PRN yang kita menang dengan begitu cemerlang sekali dibawah kepimpinan Dato Hasni.

(Visited 523 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button