Nasional

Debat Perdana Berjaya Pautkan Hati Rakyat Malaysia Untuk Tidak Bergaduh Menuju PRU-15

Debat Perdana yang menyaksikan pertembungan manja antara Datuk Seri Najib Razak berkongsi pentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada generasi hari ini melihat ia pertarungan idea melibatkan pemimpin UMNO dan PKR, sebenarnya ada banyak mesej tersirat.

Mesej yang diperhatikan adalah bercakarlah ikut mana sekali pun, hujung-hujung akan kembali ke pangkal jalan atau rumah ibunda juga.

Manakan tidak.. meski pun Anwar bangkit bersama PKR, dalam resume karier politiknya, tetap ada tercatat nama UMNO yang tak boleh dibuang.

Gambar Anwar sebaris dengan Najib sewaktu nakal-nakal semasa dalam UMNO dahulu sering kali tular dan menjadi meme para netizen.

Maka apalah magis atau luar biasanya kalau Anwar dan Najib berkongsi pentas sekali lagi menjadi ‘content‘ tontonan awam.

Meninjau ke ruangan komen kedua-dua belah pihak, yang menyokong PKR tetap komen yang murni-murni terhadap Anwar.

Yang menyokong UMNO, tetap menyanjung Najib dengan gelaran Bosku dan trend ini seperti tidak beri apa-apa kesan kepada masyarakat.

Retorik tetap retorik dan apa yang dibincangkan dalam parlimen, dalam media sosial cuma diterjemahkan kepada persembahan pentas.

Masyarakat berpendapat dan sebenarnya berharap dengan berlangsungnya Debat Perdana itu, mahu memilih siapa dalam PRU-15 tidak lagi jadi masalah.

Namun mengikut perdebatan bijak dan berkarisma dua pemimpin tempatan itu, apakah ia sudah berjaya memujuk hati rakyat untuk tidak lagi bergaduh kerana politik?

Mimpi sahajalah.. politik asbab perpecahan ummah, perpecahan tiada tanda akan berakhir, selamat maju jaya Malaysia dengan permasalahan!

(Visited 369 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button