Politik

Tiada keperluan teruskan MOU dengan PH-UMNO Johor

PENGERUSI UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, tiada keperluan untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meneruskan Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH) yang berakhir hari ini, 31 Julai 2022.

Hasni juga kata, tuntutan sesetengah pihak agar MOU ini disambung dengan pembentukkan MOU Kedua, tidak perlu dibangkitkan.

Hasni juga kata, UMNO Johor senada dengan UMNO Malaysia agar MOU tersebut tidak perlu disambung.

UMNO Johor  juga tidak nampak PM Ismail Sabri mempunyai sebarang masalah untuk bersetuju dengan cadangan ini

Hasni juga mengesa agar semua pihak berhenti bermain politik, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi negara.
REALITI SEBENAR MENGENAI MOU PERSEFAHAMAN KESTABILAN POLITIK

Realiti sebenar mengenai MOU Persefahaman Kestabilan Politik ialah TIADA TARIKH LUPUT (TAMAT) PERJANJIAN sehinggalah Parlimen (Dewan Rakyat) dibubarkan.

Hasni tersilap, terkhilaf dan terlepas pandang serta tidak membaca Surat Perjanjian tersebut dengan teliti.

Kenyataan awal dari Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengelirukan banyak pihak termasuk Hasni, apabila Tok Mat kata MOU tersebut akan luput pada 31 Julai 2022 dan tidak perlu disambung lagi.

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa betul. MOU tersebut tiada tarikh luput sehingga Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada  Pilihan Raya Umum.

Apa yang dimaksudkan dengan tarikh 31 Julai 2022 ialah MOU tersebut mengikat PM Ismail Sabri daripada membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Ia juga bermaksud, PM Ismail Sabri tidak boleh membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022, bagi menentukan MOU ini berjalan dan kestabilan politik negara dijamin ketika beberapa Rang Undang-Undang dibawa ke Parlimen.

Datuk Seri Hasni dan Tok Mat Maslan terkeliru dan mengelirukan Ahli-Ahli UMNO dan Rakyat. – SM

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button