NasionalNegeri

‘Kangar Sentral’ dijangka siap sebulan lebih lagi

TERMINAL  Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis, ‘Kangar Sentral’ dijangka siap dalam tempoh sebulan lebih lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar di hadapan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis ‘Kangar Sentral’.

‘Kangar Sentral’ ini akan diserahkam kepada Kerajaan Negeri Perlis pada Mac tahun depan.

Terminal ini merupakan projek pusat pengangkutan awam bersepadu yang akan menjadi hub pengangkutan darat di Perlis di mana kini telah siap hampir 90 peratus.

Antara kemudahan yang akan disediakan termasuklah Platform Pelepasan (3 bilangan), Platform Ketibaan (3 Bilangan), Parkir Sementara Bas (6 bilangan), parkir awam (25 unit), parkir teksi (25 unit), surau, tandas awam, bilik tukar lampin, ruang komersial seperti kiosk dan gerai jualan serta kaunter-kaunter.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli sempena HPTN Peringkat Negeri Perlis.

Maklumat ini dipersembah maklumkan oleh Jurutera Awam Kanan Bahagian Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis, Ir. Law Jia Haur kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berkenan mengetuai sesi kayuhan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis, Ir. Mohd Shahril Mohd Said.

Kayuhan ini dilaksanakan bersempena Majlis Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) Peringkat Negeri Perlis yang telah berlangsung pada sebelah paginya yang disekalikan dengan Kayuhan rutin Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli.

Sempena program tersebut Raja Muda turut berkenan menyantuni tiga rumah asnaf terpilih yang menerima bantuan RM700 secara tunai, ‘Kits MAIPs Peduli’ serta beras fidyah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli sempena Majlis HPTN Peringkat Negeri Perlis yang bermula dari Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis ‘Kangar Sentral’.

Kamaruzaman Abdul Karim, 58, dari Kampung Titi Serong, Kayang; M Salim Kasa, 63, dari Kampung Alor Marus; dan Leha Saleh, 88, dari Kampung Behor Kulit Kerang merupakan penerima bantuan pada edisi kali ini. – SM

BACA Raja Muda saran Terminal CIQ di Kuala Perlis dibuka semula

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button