BeritaNasional

Sukarelawan banjir sudah siap siaga – Maszlee

KUALA LUMPUR – Banjir yang melanda beberapa kawasan di Simpang Renggam dilaporkan mulai surut.

Beberapa penduduk yang tinggal di Pusat Penempatan Sementara (PPS) juga dilaporkan sudah beransur pulang ke kediaman masing-masing.

Ahli Parlimennya, Dr. Maszlee Malik ketika lawatannya di sana memberitahu akan bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keselamatan penduduk dan bantuan pasca banjir.

“Kita juga sudah siap menyusun pergerakan sukarelawan untuk turun membantu warga penduduk mencuci dan membersihkan rumah.

“Pejabat Parlimen Simpang Renggam akan mengerah sukarelawan untuk turun ke sini.


“Yayasan Sukarelawan Mahasiswa (YSS) dan I-Bantu akan membekalkan tenaga kerja, manakala NADMA memberikan pakaian kepada mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini. – SM

(Visited 18 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button