JenayahNasional

PDRM mohon Interpol bantu kesan Jocelyn Chia

PELAWAK atau stand up comedian Jocelyn Chia cuba dikesan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memohon bantuan Interpol untuk mendapatkan butiran mengenai bekas warganegara Singapura ini.

Dia dicari kerana dalam stand up comedy di sebuah kelab komedi di Amerika Syarikat baru-baru ini, Chia bukan sahaja menghina 32 juta rakyat Malaysia Madani dengan mengeluarkan perkataan F#@K YOU MALAYSIA, dia turut mempersendakan tragedi MH370 dalam lawaknya.

BACA Jocelyn Chia pelawak Singapura yang biadap

Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, permohonan meminta Interpol itu akan dibuat untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini wanita yang berasal dari Singapura itu.

Terdahulu tular di media sosial klip video memaparkan pelawak itu memperlekeh Malaysia dalam persembahan komediri bertajuk “Singapore vs Malaysia” yang diadakan di New York, baru-baru ini.

Chia antaranya mengeluarkan kenyataan termasuk jenaka keterlaluan menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan “tidak mendarat”.

BACA Haramkan pelawak Jocelyn Chia masuk Malaysia

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan Jocelyn Chia dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada 7 Jun lalu.

Kata Zambry, tindakan pelawak wanita itu langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedy MH370.

Perbuatan Jocelyn Chia itu telah membuat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang amat tersinggung dan marah dengan jenaka pelawak itu.

Vanu Gopala dalam tuntutan maaf turut memaklumkan bahawa Jocelyn Chia tidak lagi memegang kerakyatan Singapura.

Bagaimanapun, Vanu Gopala tidak menjelaskan bilakah pelawak wanita itu bukan lagi warganegara Singapura. – SM

BACA Pelawak biadap, Singapura mohon maaf

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button