Nasional

Sukan woodball berpotensi menjadi satu produk pelancongan baharu di negara ini

Statistik menunjukkan 9 daripada 11 negara yang mencatatkan jumlah kehadiran pelancong tertinggi ke Malaysia merupakan negara-negara yang mempunyai pasukan kebangsaan masing-masing dalam sukan yang semakin dikenali ramai yang berasal dari negara Taiwan sekak tahun 1990 ini.

Pada ketika ini juga terdapat lebih daripada 20 laman woodball di seluruh Malaysia termasuklah tujuh buah di Perlis yang mampu memberikan pengalaman unik kepada para pelancong.

Dari perspektif yang lebih luas lagi pula, dengan adanya fasiliti yang banyak dan berkualiti sebegini, usaha menggilap bakat baharu negara untuk diketengahkan di persada dunia akan menjadi lebih mudah. Malaysia kini merupakan antara cabaran utama dalam kejohanan-kejohanan bertaraf antarabangsa yang dipertandingkan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM20,000 daripada syarikat MyUS Venture Partners Sdn. Bhd. kepada Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWPs)di Menara MBMR, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat MyUS Venture Partners Sdn. Bhd., Datuk Nellsen Young yang menyerahkan cek yang disumbangkan menerusi rakan strategik PWPs iaitu Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis memaklumkan bahawa sumbangan tersebut ialah untuk sama-sama menyuburkan sukan ini disamping dapat diperluaskan lagi di masa yang akan datang.

Tambah beliau, ‘Perlis merupakan antara negeri yang paling aktif dalam sukan woodball di Malaysia dengan pelbagai kejohanan diadakan sepanjang tahun dengan kemuncaknya ialah penganjuran Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) 2020 pada tahun ini.

MyUS Group of Companies menyokong penuh sukan woodball dan kewujudan persatuan sukan dalam usaha bagi meningkatkan lagi pembangunan sektor terbabit di negara ini. Usaha itu selaras dengan matlamat untuk sama-sama membantu negara melahirkan lebih ramai pemain woodball dan ahli sukan bertaraf dunia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama dijadikan platform bagi mengukuhkan lagi keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Hadir sama ialah Pengerusinya Datuk Rashidi Hasbullah.

MyUS Venture Partners Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat induk kepada MyUS Group of Companies ditubuhkan dengan mengambil pendekatan untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara luar dan akan memastikan Malaysia menjadi negara yang sentiasa membuka peluang dan ruang untuk pelabur ke rantau Asia Tenggara ini.

Sejak penubuhannya, terdapat pelbagai perancangan yang telah dibuat. Antaranya, mempromosikan sektor pelancongan, pertanian, pelaburan, hartanah, bio-teknologi, barangan seni, pendidikan, konsultansi dan kesihatan kepada pihak luar negara terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang menjadi rakan pelaburan ketiga terbesar Malaysia.

MyUS Venture Partners juga telah menetapkan matlamat untuk meningkatkan hubungan baik antara Malaysia-AS di samping memberi penekanan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu masyarakat dalam aspek sosial, ekonomi, alam sekitar dan juga sukan.

(Visited 422 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button