Sukan

Sukan SEA Vietnam: Petanque sasar kutip dua emas

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 28 Mac – Dua pingat emas menjadi sandaran Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) pada Sukan SEA
di Hanoi, Vietnam yang akan berlansung dari 12 hingga 23 Mei ini.

Presiden PPM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, sasaran dua pingat emas itu
adalah melalui acara beregu lelaki dan wanita.

Menurut Presiden Persatuan Petanque Melaka itu, sasaran tersebut dianggap realistik berdasarkan pencapaian skuad itu ada temasya yang sama di Filipina pada 2019.

Menurutnya, biarpun sasaran itu terlalu kecil namun ia sudah memadai buat sukan tersebut menyumbang pingat untuk kontinjen negara nanti.

Beliau berkata, skuad petanque kali ini cuba memperbaiki pencapaian pada temasya yang sama di Filipina pada 2019 apabila menyumbang satu emas, dua perak dan dua gangsa.

“Insyallah, sasaran dua pingat emas ini mampu kita tunaikan dengan menyandarkan harapan kepada 17 atlet yang akan menyertai kesemua lapan acara yang dipertandingkan di Petanque Boulodrome, Hanoi.

“Setakat ini, saya telah dimaklumkan persiapan atlet berjalan lancar dan mereka sangat teruja untuk menghadapi Sukan SEA nanti dan cuba memperbaiki pencapaian pada temasya yang sama di Filipina,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Mohamad Ali dipilih sebagai Presiden baharu menerajui PPM bagi sesi 2022-2026 selepas menang tanpa bertanding jawatan tersebut pada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan pertubuhan itu di Kelab Tasik Putrajaya, semalam.

Selain dua emas katanya, pingat perak dan gangsa turut menjadi sasaran walaupun tidak menetapkan acara yang bakal menyumbang pingat buat skuad itu.

Sehubungan itu katanya, beliau akan melawat dan meninjau persiapan atlet petanque yang kini sedang membuat persiapan rapi dalam masa terdekat serta bertemu ketua jurulatih, Zani Lisa.

Jelasnya, di Vietnam atlet petanque akan menyertai lapan acara iaitu shooting (lelaki dan wanita), beregu (lelaki dan wanita), triple (lelaki dan wanita), beregu campuran, mixed triples (satu lelaki dan dua wanita).

 

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button